Wednesday, January 10, 2024

Semua Orang Dah Ada Anak

 Aku Belum Ada Anak


Orang tu ada anak
Orang ni ada anak
Adik ada anak
Abang ada anak
Kakak ada anak

Aku?
Belum rezeki lagi

Aku pun tak
Aku nak

Tapi ini bukan perlumbaan
Rezeki ni tak boleh nak jangka

Ada datang cepat
Ada datang lambat

Aku dah usaha
Kita dah usaha

Semoga ada rezeki
Amiin

Tuesday, January 9, 2024

Rosak Masa Depan

Aku Yang Salah



Susah nak cerita macam mana
Sebab benda ni sulit

Tapi

Apa yang boleh aku cakap
Aku rasa macam aku dah rosakkan masa depan orang

Damn
Sumpah aku noob

Maaf semua
Semua salah saya

Wednesday, January 3, 2024

Abah Masuk Hospital

Anak Tak Guna?


Aku rasa aku macam tu lah











Abah aku perlu dimasukkan ke hospital sebab ada air masuk paru-paru
thennnn
Abang aku uruskan semua

Settle

Cuma aku sekarang menghitung hari bila Abah aku nak sihat
Aku tak lawat lagi dia kat hospital sebab belum cuti dan Mak aku tak bagi aku cuti

Permulaan yang kureng lagi di 2024 ini

Semoga ada manis-manis di kemudian hari

Semoga Abah sihat
Aminn

Bala Awal Tahun?

 Bala ke Bana?


Tak sampai seminggu 2024
Kepala aku dah petak

kenapa petak?




Bos aku dipindahkan department
Dan bos kepada bos aku memilih untuk tiada pengganti untuk tempat bos aku

Tapi

Kerja dia tetap perlu berjalan
So......
Tekalah siapa kena jalankan kerja dia?


haaaaaaaaaa


Betullll


Aku lah kena buat
Dayyummm

Takpe lah
Ikhlaskan hati
Anggap ini pembelajaran dan pengalaman baru untuk tahun ini

Monday, January 1, 2024

Azam 2024

 Dah ada azam 2024?


AZAM?
Apa itu AZAM?
Nama orang? Sejenis makanan?

Bila cakap pasal AZAM ni
Aku rasa ramai orang ada 1001 AZAM untuk dicapai dalam 1 tahun

tapiii

1 pun belum tentu tercapai

HA HA HA

Jangan pasang AZAM banyak-banyak
Pasang je 1 azam
Cukup!!






Tapi AZAM nak kurus tuuu
Macam susah je nak dicapai

Tapi aku nak kurus

AZAM aku
Aku nak kurus

2024 Pun Tiba

Dah masuk 2024


Aku nak apa untuk 2024?

Pertama..
Aku nak anak
Mudahnya aku minta kan?

Hahaha

Aku sendiri pun keliru kadang-kadang
Aku nak tapi aku macam...

Ntah lah
Tak tahu nak ungkapkan macam mana

Tapi aku nak

Ya Allah
Ku mohon Kau kurniakan hambaMu yang lemah ini seorang cahaya mata
Aku mohon padaMu Ya Allah


Monday, September 25, 2023

Kepala vs Kepala

 MPL MY S12 head to head rules.

Kenapa Team Secret tak layak? Kenapa Lunatix layak? 


Semua ini kerana KEPALA bertemu KEPALA



Pada perlawanan TS vs LTX, Team Lunatix telah menumpaskan TS dengan skor 2-0


Jadinya disini, jadual kedudukan tak berguna. Jumlah, kemenangan dan kekalahan cumalah hiasan.

Apa yang penting di MPL MYS12


Kepala vs Kepala


#sajanakcerita